Rabu, 04 Januari 2012

MALU ( AL HAYA’ )

Sulan Jari

Malu artinya dari segi bahasa adalah menahan diri dari melakukan sesuatu, yang mengakibatkan sesuatu yang negatif. Maka sifat malu itu sendiri adalah sifat yang mulia dan terpuji jika difahami secara benar maksud dan tatacaranya. Dari malu akan seseorang dari keadaan hina dina dan meletakkan seseorang di dalam keadaan kesempurnaan kerana selalu melakukan hal-hal yang positif sahaja. Perasaan ini dapat mengatasi seseorang melakukan hal-hal kemaksiatan, kerana seseorang itu akan berperasaan; “ Bahawasanya saya adalah lebih tinggi daripada perbuatan terkutuk itu dan saya lebih mulia daripada perbuatan tercela itu.”.
Asal usul kalimat hayaatun (kehidupan) berasal dari kata hayaa’un (malu). Kamus lisan arab merujuk (istahyu rajulun) – kuatnya denyut kehidupan dalam jiwa seorang lelaki.
Maka dapat ditarik kesimpulan bahwa  perasaan malu (al-haya’) berkaitan erat  dengan kehidupan itu sendiri dan membawa makna dan rahasia kehidupan itu. Maka seseorang yang tidak mempunyai sifat malu maka dia bukanlah hidup sebenarnya, tapi sudah mati atau hampir mati keadaannya.
Malu yang kita fahami bukanlah malu tersipu-sipu tidak pada tempatnya kerana malu yang kita bicarakan  ini adalah sesuatu perasaan yang lebih besar maknanya. Sifat malu tersipu-sipu dan merendah diri adalah al-jahalu. Contoh malu tersipu-sipu hingga gagap dan takut menjawab soalan guru di kelas adalah contoh al-jahalu. Sikap ini disebabkan kurangnya keyakinan diri dan lemah keperibadiannya. Akan tetapi al-haya (malu) adalah disebabkan sifat percaya diri dan kuat keperibadiannya lantaran kuatnya dia dalam menolak segala sesuatu yang negatif.
Dalam sebuah hadith disebutkan ; “Cabang iman itu 63 bahagian. Yang tertinggi adalah mengucapkan Lailaha illa Allah. Bahagian terendah adalah membuang rintangan dijalanan. Adapun malu itu sebahagian daripada iman.”(HR.Abu Dawud). Dan dalam hadith yang lain disebutkan ; “Malu dan iman keduanya tidak boleh dipisahkan. Jika satunya terangkat maka yang lain juga turut terangkat.”(Musnad al-Hakim)
Dari hadis-hadis yang tersebut diatas, maka dapat ditarik kesimpulan bahwa betapa pentingnya sifat malu dan betapa erat kaitannya dengan iman. Dan karena erat kaitannya dengan iman maka hendaknya sifat malu dimiliki oleh setiap mukmin.
Dapat dikatakan akhlak yang paling sempurna dalam Islam adalah sifat malu dan memiliki kedudukan yang agung akhlak Islam. Hal ini diterangkan dalam sebuah hadith ; “Sesungguhnya setiap agama ada akhlak tersendiri dan akhlak Islam adalah malu” (HR.Ibnu Majah).  Dan sebagaimana kita ketahui bahwa salah satu tugas Rasulullah SAW di utus adalah untuk menyempurnakan akhlak.
Rasa malu Nabi melebihi gadis pingitan. Jika baginda melihat sesuatu yang tidak baginda sukai, maka akan merahlah muka baginda yang mulia itu dan menjauhkan diri dari melihatnya. Apa yang kita lakukan jika kita lihat sesuatu yang tidak elok? Apakah wajah kita akan memerah dan menundukkan pandangan kita?
Di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifat malu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman dan kemaksiatan. Mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan.
Adalah disesalkan pada zaman ini kita sudah ketandusan generasi sebegini. Namun disebalik redup ketandusan ini, Allah tidak menghilangkan golongan yang masih mempunyai harga diri. Masih terdapat yang memelihara aurat mereka dengan sempurna, menjaga pergaulan bebas, bersifat malu selayaknya wanita. Umpama mutiara sempurna yang tersusun rapi didalam wadah terjaga.
Dalam arus globalisasi dan modernisasi yang kuat memfitnah saat ini, faham feminisme dan emansipasi wanita juga turut memberikan pengaruh yang besar,yang mana faham tersebut selalu menggaungkan kebebasan yang superficial (berlebihan sehingga keluar dari fitrahnya) sehingga mereka mengeluarkan diri dari keistimewaan dan darjat tinggi yang telah diberikan Islam. Hasilnya, mereka menjadi wanita yang bersikap tidak senonoh, menghina diri untuk menarik perhatian orang lain khususnya lelaki, dan hilang sifat kewanitaan.Musuh Islam sangat gembira dengan hakikat ini kerana tidak cukup dengan wanita Eropah untuk dirusakkan, wanita di Timur khususnya wanita Islam menjadi sasarannya.
Oleh karena itu tegakkanlah rasa al-haya’ dalam diri kita, karena itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan tidak terbanding dengan apa yang ada pada dunia dan seisinya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar